TAJUK : HIROSHIMA DUKA SEBUAH PERANG
PENGARANG : SALLEH DE RAN
SINOPSIS :
Pada 6
ogos 1945, hening, dan penduduk di Hiroshima masih berbual-bual berkenaan
hujung nasib mereka. Bercerita berkenaan perang dan kekalahan di Okinawa.
Mereka tidak sedar, diatas langit sana “enola gay” pesawat pengebom B-29 yang
dipandu oleh Paul W.Tibbets, sedang mencari titik sasaran. Keadaan di dalam Enola
Gay sedikit tegang, peluh sudah terasa di belakang leher.
Pada
saat tentera sudah menemukan titik sasaran, picu dipetik bom atom yang pertama
untuk memusnahkan bangsa manusia, meluncur laju ke tanah Hiroshima.
Penduduk
hiroshima masih tenang dengan kegiatan mereka, sehingga pada jam 9.45 pagi,
satu cahaya yang sangat terang dan yang sangat panas menghentam bandar
Hiroshima. Apa sahaja yang berada dibawah cahaya itu menjadi abu. Angin kencang
yang membawa haba panas dan bahang radioaktif mula meruntuh dan mencairkan
semua bangunan serta manusia yang menghalang. Hancur binasa, menjadi
puing-puing. Manusa menjadi mayat bergelimpangan dan yang hidup hanya mampu
menjerit kesakitan.
Pada waktu inilah, beberapa pemuda melayu yang berada disitu melihat dan merasai sendri gempar bom atom. Inilah kisah perang, inilah kisah mereka. Kisah duka sebuah perang.
No comments:
Post a Comment