TAJUK :NAHDAH JIWA ANAK MUDA
PENGARANG : MD SIDIN AHMAD ISHAK
SINOPSIS :
Masa
telah berlalu tetapi ramai orang di Malaysia masih bercakap tentang pemuda itu.
Mereka teruja untuk mengetahui setiap bingkai daripada riwayat hidupnya yang
biarpun singkat tetapi ketulusannya mengandung pelbagai makna yang tersirat.
Buku Nahdah Jiwa Anak Muda ini mengungkapkan iktibar dan teladan di sepanjang
perjalanan hidup Ahmad Ammar yang menunjukkan betapa pentingnya wawasan dan
ketulusan. Betapa wawasan yang jelas, keazaman yang tinggi, dan kesabaran yang
teguh, amat diperlukan dalam perjalanan menempuh usia muda. Susurilah iktibar
di sebalik perjalanan yang mengutamakan ilmu, keimanan dan doa kerana tanpa ilmu
kita akan mudah sesat, tanpa keimanan kita akan sering ketakutan dan tanpa doa
kira akan cepat putus asa. Buku ini untuk anak-anak muda meraih inspirasi
tentang perjalanan tatkala usia muda yang manis penuh makna dan untuk ibu bapa
sebagai panduan memimpin anak-anak muda merintis kehidupan remaja yang penuh
cabaran.
No comments:
Post a Comment