MEMBAHAS KEMUSYKILAN AGAMA
Pengarang :
Prof Dr Hamka
SINOPSIS
Buku ini sebagai himpunan tiga buku kecil,
mengenai: “Soal Jawab Agama Islam”, karya Prof Dr Hamka, merupakan nukilan dari
pelbagai jawapan yang diajukan oleh para pembaca majalah “Panji Masyarakat” dan
“ Gema Islam” yang dipimpin Allahyarham semasa hidupnya. Di atas keinginan
pengarang dan permintaan orang ramai, ketiga-tiga buku kecil itu kemudian
disepadukan dan dihimpun menajdi satu, seperti yang sedia ada ditangan pembaca
ini.
Bagi
memudahkan pembaca, buku ini dobahagi kepada beberapa bab dan mencakupi
beberapa perkara yang merangkumi pelbagai bidang kehidupan beragama. Di
antaranya: Perihal Iman dan Makrifatullah. Perihal Islam dan Sains Moden.
Perihal Talak, Poligami, Zihar dan Wanita. Perihal Islam dan Pengurusan
jenazah. Perihal Ibadah Haji dan Gelaran Haji. Dan juga masalah khurafat, Bomoh
dan Penyimpangan Agama.
No comments:
Post a Comment