Sunday, March 31, 2019

HOKI




TAJUK :HOKI

PENGARANG :
  • MOHD SOFIAN OMAR FAUZEE
  • LOKMAN YAHAYA
  • ROXANA DEV OMAR DEV

SINOPSIS

                Buku ini adalah sangat penting bagi guru-guru Pendidikan Jasmani kerana kandungannya meliputi kurikulum Pendidikan Jasmani di sekolah. Bukan itu sahaja, dengan adanya buku ini guru dapat mempelbagaikan jenis dril sesuatu permainan bagi memastikan tahap kesukarannya dapat memberikan cabaran kepada pelajar-pelajar. Hasil daripada pengalaman ketua penulis sebagai Guru Pendidikan Jasmani dan pensyarah yang mengajar dan menyelia latihan mengajar pelajar-pelajar, beliau mendapati beberapa kelemahan guru-guru Pendidikan Jasmani adalah kekurangan ‘idea’ untuk mempelbagaikan dril daripada kemahiran yang senang kepada kemahiran yang susah dan kemhiran yang lebih sukar.

                Melalui buku ini yang mengandungi dril permainan sukan di peringkat asas (beginners), pertengahan (intermediate), dan lanjutan (advance) akan da[at membantu guru-guru memilih dril sukan dan ansur maju yang sesuai mengikut keupayaan pelajar

Sunday, March 24, 2019

MELAWAN YANG MUSTAHIL




TAJUK : MELAWAN YANG MUSTAHIL

PENGARANG : RUHAINI MATDARIN

SINOPSIS :

`               Di sebuah tempat yang bernama kehidupan, manusia sebagai para pelakonnya dikelilingi oleh ketidaktentuan ekonomi, kecelaruan sosial dan budaya yang rencam. Politik menjadikannya lebih buruk. Manusia tersepit, dihimpit, dikuasai dan menjadi mangsa sehingga menghilangkan sifat baik dalam diri mereka semata-mata demi survival. Agama menjadi benteng, tetapi tidak semua berjaya berpegang pada agama melainkan jika mereka memilih untuk melawan segala yang mustahil. Segala yang mustahil itu bernama godaan duniawi, keinginan menguasai, ketakutan untuk kehilangan kuasa, membuang keegoan, menghapuskan dendam dan mengkias perasaan tamak.

                Mampukah manusia melawan segala yang mustahil ini dan membuangnya daripada kehiduoan mereka ?

Sunday, March 17, 2019

MEMBAHAS KEMUSYKILAN AGAMA



MEMBAHAS KEMUSYKILAN AGAMA

Pengarang          : Prof Dr Hamka

SINOPSIS

Buku ini sebagai himpunan tiga buku kecil, mengenai: “Soal Jawab Agama Islam”, karya Prof Dr Hamka, merupakan nukilan dari pelbagai jawapan yang diajukan oleh para pembaca majalah “Panji Masyarakat” dan “ Gema Islam” yang dipimpin Allahyarham semasa hidupnya. Di atas keinginan pengarang dan permintaan orang ramai, ketiga-tiga buku kecil itu kemudian disepadukan dan dihimpun menajdi satu, seperti yang sedia ada ditangan pembaca ini.

                Bagi memudahkan pembaca, buku ini dobahagi kepada beberapa bab dan mencakupi beberapa perkara yang merangkumi pelbagai bidang kehidupan beragama. Di antaranya: Perihal Iman dan Makrifatullah. Perihal Islam dan Sains Moden. Perihal Talak, Poligami, Zihar dan Wanita. Perihal Islam dan Pengurusan jenazah. Perihal Ibadah Haji dan Gelaran Haji. Dan juga masalah khurafat, Bomoh dan Penyimpangan Agama.

                Singkat cerita, buku ini adalah sarat dengan masalah kemusykilan agama dan jawapannya, yang akan tetap menyelimuti kehidupan Ummah sepanjang zaman. Kerana ianya akan terus beredar dan berputar sesuai dengan peredaran dan perputaran zaman. Sedangakan Islam akan berkekalan bersesuaian dengan arus kehidupan, dan tidak akan ditelan zaman.

Sunday, March 10, 2019

MISI PURNAMA BIRU




MISI PURNAMA BIRU

Pengarang          : Hasbullah Abu Bakar

SINOPSIS:

Dua beradik dalam pencarian sekuntum Bunga Purnama Biru. Bunga yang bakal menyelamatkan abang mereka yang diserang penyakit Sirna Memori.

Dua beradik ini bukan seperti manusia yang lain.
Klerana tuhan telah menganugerahkan mereka keupayaan di luar batas manusia biasa.
Seorang mampu memanipulasi air sementara seorang lagi mampu memanipualsikan angina.
Namun adakah kuasa istimewa mereka itu mampu membantu dalam misi mencari Sekuntum Bunga Purnama Biru?

Kerana, bunga tersebut bukan bunga yang biasa. Ia hanya tumbuh setiap 99 tahun pada malam gerhana bulan.

Misi ini misi mustahil, tapi demi nyawa seorang abang.
Mereka tiada pilihan lain!

Sunday, March 3, 2019

RIYADHUS SHALIHIN ( Taman Orang-orang Salih)



RIYADHUS SHALIHIN ( Taman Orang-orang Salih)

Pengarang         : Imam Nawawi

SINOPSIS

Sebuah kitab Hadis yang dikumpullkan oleh Imam Muhyiddin Abu Zakariyah bin Syaraf An-Nawawi yang terkenal juga dengan nama ringkas ‘IMAM NAWAWI’, seorang alim dalam berbagai bagai ilmu-ilmu agama Islam, hafizh dan wali yang trekenal, syaikhul-islam poada zamnnya, mempunyai karya karya yang banyak lagi terbesar dalam bidang syariat Islam, yang semuanya menjadi kitab-kitab rujukan dalam Hukum hakam agam Islam.

Semua hadis-hadis yang terkumpul di dalam buku ini meliputi semua Hukum-hakam Islam dari semua kitab dan babnya. Pendek kata dnegan menatapi kitab ‘Riyadhus-Shalihin’ ini memadailah kita mengetahui selok-belok hokum-hakam syariat Islam dalam semua bahagiannya, termasuk bidang ilmu-ilmu Tauhid, Fiqh, Tafsir, Sirah dan sebagainya.

Buku ini wajib dibaca oleh sekalian lapisan kaum Muslimin, kecil besar, tua muda, khususnya para pelajar agam dan ornag-orang dewasa yang mahu mengenal liku-liku agama, agar mereka dapat menambah pengetahuannya dalam syariat Islam dari segi hukum-hakamnya.

Buku ini pernah dahulu diterbitkan dalam empat jilid – sekarang dikumpulkan menjadi dua jilid besar untuk memudahkan para pembaca memilikinya. 

EPISOD 38: Majlis Sambutan Hari Raya 2019

13 Jun 2019 merupakan tarikh majlis sambutan hari raya yang diadakan di peringkat sekolah SMK Ajil. Sambutan hari raya tersebut disambut den...