Sunday, January 20, 2019

Rihlah Ibnu Batuta (Perjalanan Ibnu Battuta)




Sinopsis buku

Rihlah Ibnu Batuta (Perjalanan Ibnu Battuta)
Pengarang Haji Dr. Mhammad Hanafis

Sinopsis

Dikenali sebagai pengembara yang sangat hebat sebelum zaman moden.Ibnu Batutta dilahirkan di Maghribi dan mendapat pendidikan awal dalam perundangan islam.Bermula hanya dengan pengembaraan untuk menunaikan haji ke Mekah pada usia 21 tahun.Ibnu Batutta akhirnya telah mengembara selama hampir 30 tahun ke seluruh dunia islam pada zamannya, dari Afrika Utara,Afrika Selatan dan Sepanyol,Eropah Timur,benua kecil India sehinggalah ke China dan Kepulauan Maldives.

                Dengan karyanya daripada catatannya yang dikenali sebagai rihlah,Ibnu Batutta memberi kita satu pintu untuk melihat tamadun islam pada mercunyayang mempunyai ciri-ciri keyakinan,melangkaui dunia,kepelbagaian dan moden dengan jelas meliputi maklumat berkaitan dengan sejarah,geografi,system pemerintahan dan kebudayaannya.

                Rihlah merupakan satu catatan yang secara teratur mengikut masa tidak tertumpu pada keterangan-keterangan karier beliau sahaja tetapi mengandungi maklumat terperinci dan merupakan satu pengenalan kepada dunia islam yang hidup dan dalam masa yang sama menjadikan pembacaan catatan pengembaraan sesuatu yang menghiburkan.

                Pengembaraan ini mengatasi semua pendahulunya termasuklah Marco Polo,Legasi beliau sangat dihargai sehingga sebuah kawah di permukaan bulan dinamakan sempena nama beliau.

No comments:

Post a Comment

EPISOD 38: Majlis Sambutan Hari Raya 2019

13 Jun 2019 merupakan tarikh majlis sambutan hari raya yang diadakan di peringkat sekolah SMK Ajil. Sambutan hari raya tersebut disambut den...