Sunday, December 30, 2018

Meneroka Rahsia Hikmah & Kesempurnaan Sembahyang




Tajuk     : Meneroka Rahsia Hikmah & Kesempurnaan Sembahyang
Pengarang          : Abd Rahman Qusairi
Sinopsis             :

Arus kebangkitan Islam melanda di serata dunia,pengalaman Islam mulai kelihatan walau tidak secara menyeluruh. Masjid-masjid terutama di sekitar  ibukota kelihatan ‘hidup’. Ramai umat Islam terutama anak-anak muda memenuhi masjid-masjid untuk bersembahyang.

                Kini umat Islam menyedari bahawa sembahyang itu adalah wajib. Oleh itu, telah ramai yang menunaikannya namun masih tidak mencapai kesempurnaan yang dikehendaki. Dan masih ada yang tidak menyedari betapa pentingnya kekhusyukan dalam sembahyang.

                Orang yang bersembahyang dengan khusyuk akan melahirkan sifat-sifat positif pada dirinya. Sembahyang yang khusyuklah yang sebenarnya akan melahirkan disiplin lahir dan batin. Apa yang penting sembahyang yang sempurna dan khusyuk akan melahirkan sifat kehambaan dalam diri.

No comments:

Post a Comment

EPISOD 38: Majlis Sambutan Hari Raya 2019

13 Jun 2019 merupakan tarikh majlis sambutan hari raya yang diadakan di peringkat sekolah SMK Ajil. Sambutan hari raya tersebut disambut den...