Sunday, December 30, 2018
Meneroka Rahsia Hikmah & Kesempurnaan Sembahyang
Tajuk :
Meneroka Rahsia Hikmah & Kesempurnaan Sembahyang
Pengarang :
Abd Rahman Qusairi
Sinopsis :
Arus kebangkitan Islam melanda di serata
dunia,pengalaman Islam mulai kelihatan walau tidak secara menyeluruh.
Masjid-masjid terutama di sekitar
ibukota kelihatan ‘hidup’. Ramai umat Islam terutama anak-anak muda
memenuhi masjid-masjid untuk bersembahyang.
Kini
umat Islam menyedari bahawa sembahyang itu adalah wajib. Oleh itu, telah ramai
yang menunaikannya namun masih tidak mencapai kesempurnaan yang dikehendaki.
Dan masih ada yang tidak menyedari betapa pentingnya kekhusyukan dalam
sembahyang.
Orang
yang bersembahyang dengan khusyuk akan melahirkan sifat-sifat positif pada
dirinya. Sembahyang yang khusyuklah yang sebenarnya akan melahirkan disiplin
lahir dan batin. Apa yang penting sembahyang yang sempurna dan khusyuk akan
melahirkan sifat kehambaan dalam diri.
Wednesday, December 26, 2018
Thursday, December 13, 2018
Saturday, December 1, 2018
Kenali Pusat Sumber Anda
Pusat Sumber Sekolah (PSS) merupakan pusat perkhidmatan akses maklumat bersepadu yang mengandungi pelbagai sumber pendidikan dalam bentuk bahan cetak, bukan cetak dan digital. PSS perlu diurus secara sistematik dan efisyen bagi tujuan memupuk tabiat membaca, literasi maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat selaras dengan aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Secara umumnya, objektif PSS adalah seperti berikut;
- Menyediakan perkhidmatan dan sumber pembelajaran dalam pelbagai format bagi membolehkan semu warga sekolah menjadi pengguna maklumat yang efektif dan pemikir yang kritis.
- Menyediakan perkhidmatan secara bertanggungjawab,adil dan saksama kepada semua warga sekolah.
- Meningkatkan tahap pencapaian murid dalam pembacaan, literasi maklumat, pembelajaran, penyelesaian masalah dan kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK).
- Melahirkan individu bestari yang mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat
Subscribe to:
Posts (Atom)
EPISOD 38: Majlis Sambutan Hari Raya 2019
13 Jun 2019 merupakan tarikh majlis sambutan hari raya yang diadakan di peringkat sekolah SMK Ajil. Sambutan hari raya tersebut disambut den...
-
TAJUK : PENGEMBARAAN HANG JEBAT – PENCARIAN MERENTAS ZAMAN PENGARANG : ASHADI ZAIN MOH DAT MOLOK SINOPSIS : ...