Sunday, December 30, 2018

Pendaftaran dan Orientasi Pelajar Tingkatan 1 sesi 2019






Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) e-RPH





Meneroka Rahsia Hikmah & Kesempurnaan Sembahyang




Tajuk     : Meneroka Rahsia Hikmah & Kesempurnaan Sembahyang
Pengarang          : Abd Rahman Qusairi
Sinopsis             :

Arus kebangkitan Islam melanda di serata dunia,pengalaman Islam mulai kelihatan walau tidak secara menyeluruh. Masjid-masjid terutama di sekitar  ibukota kelihatan ‘hidup’. Ramai umat Islam terutama anak-anak muda memenuhi masjid-masjid untuk bersembahyang.

                Kini umat Islam menyedari bahawa sembahyang itu adalah wajib. Oleh itu, telah ramai yang menunaikannya namun masih tidak mencapai kesempurnaan yang dikehendaki. Dan masih ada yang tidak menyedari betapa pentingnya kekhusyukan dalam sembahyang.

                Orang yang bersembahyang dengan khusyuk akan melahirkan sifat-sifat positif pada dirinya. Sembahyang yang khusyuklah yang sebenarnya akan melahirkan disiplin lahir dan batin. Apa yang penting sembahyang yang sempurna dan khusyuk akan melahirkan sifat kehambaan dalam diri.

Thursday, December 13, 2018

SELAMAT DATANG

Waktu Operasi :

Ahad hingga Khamis  : 7.40 pg - 4.00 ptg


Terima kasih kerana melawat blog kami

Saturday, December 1, 2018

Kenali Pusat Sumber Anda

Pusat Sumber Sekolah (PSS) merupakan pusat perkhidmatan akses maklumat bersepadu yang mengandungi pelbagai sumber pendidikan dalam bentuk bahan cetak, bukan cetak dan digital. PSS perlu diurus secara sistematik dan efisyen bagi tujuan memupuk tabiat membaca, literasi maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat selaras dengan aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Secara umumnya, objektif PSS adalah seperti berikut;

  • Menyediakan perkhidmatan dan sumber pembelajaran dalam pelbagai format bagi membolehkan semu warga sekolah menjadi pengguna maklumat yang efektif dan pemikir yang kritis.
  • Menyediakan perkhidmatan secara bertanggungjawab,adil dan saksama kepada semua warga sekolah.
  • Meningkatkan tahap pencapaian murid dalam pembacaan, literasi maklumat, pembelajaran, penyelesaian masalah dan kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK).
  • Melahirkan individu bestari yang mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat 
(http://bibliografi.moe.edu.my/SumberPendidikan/images/psp/Huraian_Sukatan_Modul_Bab_2.pdf).


EPISOD 38: Majlis Sambutan Hari Raya 2019

13 Jun 2019 merupakan tarikh majlis sambutan hari raya yang diadakan di peringkat sekolah SMK Ajil. Sambutan hari raya tersebut disambut den...